Warga MRSM Sungai Besar santuni komuniti Orang Asli - Utusan Malaysia

Warga MRSM Sungai Besar santuni komuniti Orang Asli

SHAHARIMAN Abdul Rahman (duduk dua kanan) bersama guru dan kakitangan MRSM Sungai Besar menziarahi perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak.

DEMI menyantuni masyarakat sekitar, warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar menziarahi perkampungan Orang Asli Sungai Siput dalam memupuk semangat kebersamaan dengan komuniti itu.

Seramai 28 guru dan kakitangan sekolah tersebut mengikuti program tanggungjawab sosial korporat (CSR) diketuai Pengetua, Shahariman Abdul Rahman.

Sebanyak 17 keluarga Orang Asli sempat disantuni dengan turut diadakan slot motivasi oleh Pengetua sebagai memberikan sedikit kata-kata perangsang terutama anak-anak muda.

Turut disampaikan sumbangan keperluan makanan dan wang tunai kepada keluarga komuniti itu selain sumbangan permaidani surau oleh pihak Group Dana Infaq. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN