Touratech lancar pakej pelancongan motosikal - Utusan Malaysia

Touratech lancar pakej pelancongan motosikal

LARRY Yap Eng Keong (belakang sembilan dari kiri) bersama wakil West Nusa Adventure Tour, Fellicia Suadika bergambar bersama peminat motosikal dan sukan motocross pada pelancaran pakej pelancongan ke Pulau Sumbawa dan Lombok bagi menjayakan acara MX-GP Indonesia 2023 di Route 77 Petaling Jaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGEDAR rasmi aksesori dan alat ganti motosikal berkualiti tinggi dari Jerman, Touratech Malaysia melancarkan satu program pakej pelancongan motosikal sebagai salah satu daripada aktiviti tahunan kembara motosikal.

Pada tahun ini, Touratech Malaysia bersama Route 77 dan West Nusa Adventure Tour menjalin kerjasama untuk menawarkan beberapa pakej pelancongan ke Pulau Sumbawa dan Lombok bagi menjayakan acara kejohanan motocross dunia, Motocross Grand Prix atau MXGP edisi 2023.

Pelbagai pakej ditawarkan untuk Motocross Grand Prix yang akan diadakan di dua lokasi di Indonesia iaitu di Lombok dan Sumbawa dengan bermula pada harga RM3,750 untuk Lombok dan RM6,875 bagi Sumbawa, tidak termasuk tiket penerbangan.

Menurut Pengarah Touratech Malaysia, Larry Yap Eng Keong, program itu bertujuan membuka ruang dan peluang kepada peminat jentera dua roda terutamanya dalam kategori motocross untuk merasai pengalaman melihat perlumbaan motocross bertaraf dunia yang penuh aksi dan debaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya