SERAMAI 200 orang menyertai Program Derma Darah Pra Ramadan di lobi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Program itu anjuran Unit Tabung Darah HSAH Sungai Petani dengan kerjasama Pasaraya Gmart Sungai Petani dan Majlis Jaksa Pendamai (JP) Negeri Kedah.
Pegawai Perhubungan Awam Unit Tabung Darah HSAH, Futera Naim Abdullah berkata, ia bagi memastikan stok bekalan darah mencukupi terutamanya ketika bulan Ramadan untuk kegunaan pesakit yang memerlukan.
Hadir sama Presiden Majlis Jaksa Pendamai (JP) Negeri Kedah, Datuk Wira Syed Azizan Syed Idrus; Timbalan Pengarah Perubatan HSAH Sungai Petani, Dr. Mohamed Ali Mohamed Nadhar Khan dan wakil Pasaraya Gmart Sungai Petani, Carolyn Koay Meow Im. – UTUSAN