Grab Food atasi PWP juarai kejohanan futsal empat penjuru - Utusan Malaysia

Grab Food atasi PWP juarai kejohanan futsal empat penjuru

PARA pemain Kejohanan Futsal Empat Penjuru anjuran Grab Perlis dan Media Perlis di D’Futsal Centre, Batu 2, Kangar, Perlis, malam tadi.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Grab food menjuarai Kejohanan Futsal Empat Penjuru anjuran Grab Perlis dan Media Perlis dalam perlawanan yang berlangsung di D’Futsal Centre, di sini malam tadi.

Grab food menduduki tempat pertama selepas memperolehi tujuh mata diikuti Persatuan Wartawan Perlis (PWP) yang mengutip enam mata hasil dua kemenangan dan satu kekalahan dalam kejohanan itu.

Tempat ketiga pula menjadi milik Perlis FM manakala kedudukan keempat diraih oleh pasukan Grabcar.

Kejohanan tersebut berlangsung meriah dengan semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan dalam kalangan pengamal media dan Grab Perlis.

Pengerusi Alpha Grab Perlis, Amirul Aizar Arshad berkata, kejohanan itu dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di samping memupuk semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

“Program yang julung kali dianjurkan ini mendapat sambutan amat memberangsangkan dan kita sememangnya mempunyai perancangan untuk menganjurkan lagi kejohanan seperti ini pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden PWP, Syed Azlan Sayid Hizar berkata, persatuan itu sememangnya mengalu-alukan aktiviti sukan seperti itu dalam memupuk budaya sihat dalam kalangan ahli.

Syed Azlan berkata, program sedemikian dapat mengeratkan ukhwah di samping memberi peluang buat peserta untuk beramah-mesra dan bertukar-tukar pendapat.

“Seperti kita maklum, e-hailing merupakan antara perkhidmatan yang penting di negara ini dan menerusi kejohanan ini, kita dapat beramah-mesra dan bertukar pandangan antara satu sama lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya