Pegawai pembuat keputusan perlu tingkat integriti - Utusan Malaysia

Pegawai pembuat keputusan perlu tingkat integriti

ALIAS Salim (depan tiga dari kanan) dan Rahilah (depan dua dari kiri) bersama peserta Seminar Integriti: Penguatkuasa Berintegriti Memperkasa Organisasi di Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pegawai yang boleh memilih dan mencadangkan individu, syarikat atau sebut harga diingatkan supaya meningkatkan integriti dalam dan sentiasa telus agar terhindar daripada aktiviti salah guna kuasa dan rasuah.

Selain pegawai dalam kumpulan itu, penjawat awam yang  yang berkhidmat di unit pengurusan dan perolehan diingatkan fokus dengan tugasan dan menerapkan budaya integriti tinggi.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim berkata, pihaknya memandang serius isu salah laku penjawat awam dan akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Nilai dan integriti ketika bertugas amat penting bagi memantapkan lagi perkhidmatan awam di negara ini khususnya di Selangor

“Perkara itu bagi memastikan penjawat awam tidak terlibat dalam salah guna kuasa kerana kita ada peruntukan mencukupi bagi melaksanakan tindakan demi keadilan semua pihak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Integriti: Penguatkuasa Berintegriti Memperkasa Organisasi Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), hari ini.

Jelas Alias, program seumpama itu dianggap usaha murni bagi mendidik penjawat awam terutama penguat kuasa dalam melestarikan budaya nilai integriti sepanjang melaksanakan tugas.

“Langkah ini dapat memastikan penjawat awam sentiasa mengamalkan integriti supaya penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dihindarkan dalam memartabatkan perkhidmatan awam,” tegasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPKS, Rahilah Rahmat berkata, seminar berkenaan bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab anggota penguat kuasa dalam memperkasakan undang-undang serta peraturan.

“Penglibatan dan sokongan semua pihak mampu membina imej jabatan ke arah mempertingkatkan sistem tadbir urus cemerlang dan telus.

“MPKS komited dalam memerangi isu rasuah dalam kalangan warganya dengan mempunyai hubungan erat dengan SPRM,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya