Sri Pahang, Extra Joss jayakan program 'Jom Qurban' - Utusan Malaysia

Sri Pahang, Extra Joss jayakan program ‘Jom Qurban’

PEMAIN Sri Pahang, Fandi Othman (dua dari kanan) menjayakan program Jom Qurban di Kampung Tanjung Besar, Temerloh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar minuman bertenaga, Extra Joss bersama pasukan bola sepak Sri Pahang anjur program ‘Jom Qurban’ bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha bertempat di Kampung Tanjung Besar, Temerloh, Pahang Ahad lalu.

Program berkenaan adalah sebahagian dari program tanggungjawab korporat (CSR) kedua-dua organisasi, bertujuan untuk mendekatkan diri bersama komuniti disamping memberi peluang kepada pemain-pemain terlibat aktiviti bersama masyarakat.

Turut hadir dalam program ini adalah pemain Sri Pahang, Fandi Othman dan pertahanan import Sherzod Fayziev Naimovich.

Menurut wakil Extrajoss Malaysia, Raja Khairul Fitri, program ini diadakan adalah untuk mendekatkan jenama Extrajoss dengan masyarakat disamping menunaikan ibadah korban bersempena Hari Raya Aidiladha.

“Program ini julung-julung kali diadakan dan insya-Allah jika ada rezeki akan diteruskan di masa akan datang.

“Ia adalah medan yang terbaik untuk kami bersama masyarakat di Pahang bersempena Hari Raya ini,” katanya.

Sementara itu, pemain Sri Pahang, Fandi Othman nyata teruja dengan program yang diadakan dan berharap agar dapat diteruskan lagi untuk tahun yang akan datang.

“Alhamdulilah, saya cukup bertuah kerana dapat sertai program korban di kampung ini.

“Walaupun pada tahun ini saya tidak dapat pulang ke kampung halaman, tetapi saya masih lagi dapat merasai suasana kampung dan ibadah korban bersama-sama penduduk di sini.

“Semestinya saya berasa gembira dan teruja dapat melihat dua ekor lembu dan dua ekor kerbau di korbankan,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.