PETALING JAYA: Rata-rata jemaah melahirkan keterujaan untuk melaksanakan ibadah haji, apatah lagi selepas rukun Islam Kelima pada tahun ini adalah Haji Akbar yang mempunyai kelebihan tersendiri. Seorang jemaah dari Perak, Najmi Azfar Mohd Rosli, 36, berkata, perasaannya kini bercampur baur apabila dikhabarkan pada tahun ini adalah Haji Akbar di mana Hari Wukuf jatuh pada hari Jumaat. Katanya, ini kerana dia tidak menyangka dapat merasai pengalaman kelebihan tersebut pada kali pertama…