Rasuah naik taraf sekolah agama, dua lelaki direman - Utusan Malaysia

Rasuah naik taraf sekolah agama, dua lelaki direman

TIGA suspek hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam hari ini bersama SPRM bagi mendapatkan perintah reman selama tiga dan empat hari dekat Mahkamah Majistret di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua lagi pegawai jabatan berkaitan agama di negeri ini direman  empat hari selepas disyaki menerima rasuah untuk menawarkan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah agama di Selangor.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Shah Alam, Nur Faizah Abdul Sani hari ini terhadap dua lelaki berusia 58 dan 42 tahun yang masing-masing memegang jawatan sebagai penyelia kanan dan penyelia jabatan berkenaan.

Kedua-dua Orang Disyaki (ODS) itu dikatakan menerima suapan sebanyak RM40,000 sebagai balasan untuk mengesyorkan dan mendapatkan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah agama bagi tahun 2020.

Mereka sebelum ini dditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) p kira-kira pukul 7.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Penahanan itu disahkan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Penahanan mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan dua pegawai perkhidmatan pendidikan berusia 50 dan 46 tahun yang direman empat hari oleh SPRM pada 15 Mac lalu.

Lelaki berusia 50 tahun tersebut disambung reman  tiga hari lagi bermula hari ini sehingga 20 Mac depan manakala suspek wanita yang berusia 46 tahun dilepaskan reman dengan jaminan SPRM.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya