Rakyat Malaysia terkandas di Ukraine selamat tiba di tanah air - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia terkandas di Ukraine selamat tiba di tanah air

RAKYAT Malaysia dari Ukraine yang selamat tiba di Poland selamat tiba ke tanah air hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seramai tujuh rakyat Malaysia bersama dua tanggungan warga asing yang sebelum ini dilaporkan terkandas di Ukraine, selamat tiba di tanah air pukul 3.06 petang hari ini.

Mereka diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Ukraine, Fadhilah Daud tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dengan pesawat komersial dari Poland sebelum transit di Doha, seterusnya ke Malaysia.

Ketibaan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan tersebut turut disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tiba di KLIA pukul 4.20 petang.

Pada 27 Februari lalu, media melaporkan seramai sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine selepas pencerobohan Rusia selamat tiba di Poland.

Mereka bersama dua tanggungan serta seorang warga Singapura dari Kyiv diketuai oleh Fadhilah selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dengan Poland.

Konvoi tersebut telah disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Malaysia di Poland dan kemudian, mereka menuju ke Warsaw dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat.

Rusia mula menceroboh Ukraine dengan serangan berskala besar pada 24 Februari, selepas beberapa minggu menempatkan tenteranya di sekitar sempadan negara itu.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan bahawa terdapat sejumlah 23 rakyat Malaysia di Ukraine yang berdaftar dengan kedutaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya