Terbang di Tasik Ayer Keroh

Terbang di Tasik Ayer Keroh

Ayer Keroh
FLYBOARD sedang melalui fasa ujian sebelum dibuka kepada orang ramai bermula Mac ini di Tasik Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Aktiviti flyboard akan menjadi tarikan terbaharu paling unik bagi pengunjung yang datang ke Tasik Ayer Keroh di sini Mac ini, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman.

Katanya kepada Utusan Malaysia, produk pelancongan itu bakal membolehkan pengunjung menikmati pengalaman menarik. Ini seperti menaiki roket serta terawang di udara bagaikan adegan dalam sebuah filem.

Beliau berkata, flyboard diperkenalkan kepada pengunjung selepas aktiviti sukan air di Tasik Ayer Keroh telah terhenti sejak lebih tiga tahun lalu.

“Flyboard ini mempunyai ciri keselamatan seperti jaket keselamatan, topi keledar dan ia dikawal oleh seorang kakitangan yang berada di atas bot lain.

“Sebelum pengunjung ingin menaikinya, satu taklimat keselamatan akan diberitahu bagi memastikan mereka mematuhinya. Memandangkan ia dijalankan di tengah-tengah tasik,” katanya ketika dihubungi.

Shadan menambah, pihaknya telah melantik sebuah syarikat untuk mengendalikan sebanyak tiga buah flyboard.

Katanya, produk itu diyakini bakal menjadi ‘pisang goreng panas’ berdasarkan penerimaan masyarakat daripada ujian yang telah dijalankan baru-baru ini.

“Kadar caj yang akan dikenakan kepada pengunjung, perkara tersebut masih belum diputuskan lagi.

“Pada masa ini kita sedang menyediakan pengkalan untuk meletakkan flyboard, bilik taklimat keselamatan dan kawasan persekitaran tasik mula diperindahkan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya