Penuntut UPNM balik kampus belajar secara hibrid   - Utusan Malaysia

Penuntut UPNM balik kampus belajar secara hibrid  

AHMAD MUJAHID AHMAD ZAIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara gabungan bersemuka fizikal dan juga dalam talian susulan pembukaan kampus berperingkat bermula 1 Mac.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi, aktiviti PdP dilaksanakan secara hibrid berdasarkan situasi serta garis panduan ditetapkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Kata beliau, keutamaan diberikan untuk kelompok tersebut yang amat memerlukan penggunaan fasiliti makmal, klinikal dan tugasan praktikal sepanjang sesi PdP.

“Pihak UPNM sentiasa melaksanakan proses pemantauan terhadap kesihatan para pelajar secara berkala sepanjang semester akademik dan membuat persediaan rapi bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penuntut sentiasa terpelihara terutama pelajar berkeperluan khas,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Pada Khamis lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan kerajaan membenarkan kemasukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) melibatkan kesemua universiti awam dan swasta, politeknik serta kolej komuniti dengan kapasiti antara 70 peratus sehingga 100 peratus secara berfasa bermula awal bulan depan.

Bagaimanapun, kementerian berkenaan dan Kementerian Kesihatan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) untuk pelajar tidak lengkap vaksinasi untuk ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum balik ke kampus dan setiap minggu.

Institusi itu yang terletak di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur diwartakan kerajaan sejak 2006 mengambil alih peranan dilaksanakan Akademi Tentera Malaysia sebelumnya sejak 1995.

 Ia ketika ini menawarkan Program Asasi Pertahanan dan pengajian ijazah sarjana muda termasuk untuk orang awam menerusi empat buah fakulti di samping program pascasiswazah. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya