Rumah tinggal tangga dihanyutkan banjir, Ebit tampil bantu Rohana - Utusan Malaysia

Rumah tinggal tangga dihanyutkan banjir, Ebit tampil bantu Rohana

EBIT Lew berdoa bersama-sama Rohana Mahfuz, 76, dan ahli keluarganya di tapak rumah mereka yang dihanyutkan banjir bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah kisah nenek Rohana Mahfuz, 76, mangsa banjir yang hilang tempat berteduh akibat banjir bulan lalu dan gambarnya dipapar di muka depan akhbar ini hari ini, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew hari ini pantas membuat keputusan dengan membantu membina kediaman untuknya.

 Malah, perasaan syukur dicurahkan Ebit selepas berjaya menyalurkan bantuan kepada Rohana yang kini tinggal sehelai sepinggang. 

ROHANA Mahfuz mengalirkan air mata apabila meluahkan derita yang dialami akibat kehilangan rumah yang dihanyutkan air bulan lalu.

“Rumahnya hanyut akibat banjir di Hulu Langat dan cuma tinggal tangga sahaja. Menangis  dari mula jumpa tadi. Dah sebulan nenek tak tahu macam mana nak bina rumah. Dari mula hanya meluah rasa dan ujian hidupnya. Satu jer saya minta dengan ustaz doakan nenek disayangi Allah dan masuk syurga.

“Kami terus tengok plan rumah dan telefon kontraktor. InsyaAllah akan bina rumah baharu untuk nenek. Nenek tiada suami dan anak-anak.  Syukur adik beradik dan jiran tetangga ramai membantu.  Serta masyarakat ramai membantu,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Kisah  menimpa Rohana yang menetap di Kampung Sungai Lui  kemudian tular dalam media sosial dan mendapat perhatian warganet.

Dalam pada itu, Ebit turut memohon doa orang ramai agar segala perancangan untuk membina rumahnya berjalan lancar.

“Doakan yer rumah nenek dapat kami siapkan mengikut plan asal. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya