Tindakan lelaki terjun tasik tumpuan pelancong dikecam - Utusan Malaysia

Tindakan lelaki terjun tasik tumpuan pelancong dikecam

TANGKAP layar seorang lelaki terjun di Tasik Cermin, Ipoh yang tular dalam media sosial. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Satu rakaman video seorang lelaki terjun ke dalam tasik yang menjadi tumpuan pelancong, Tasik Cermin di sini tular dalam aplikasi Tiktok sejak semalam.

Video berdurasi sekitar 15 saat itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Dalam rakaman itu, seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik seolah-olah sedang mandi-manda di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong itu.

Netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan lelaki itu kerana perbuatannya itu boleh menyebabkan kawasan rekreasi itu ditutup kepada pengunjung.

Seorang pengguna media sosial meninggalkan komen, ‘Kalau tiada benda untuk diselamatkan dalam tasik itu, janganlah terjun. Elok nanti tempat ini jadi menarik nanti tukar jadi berhantu pula’.

Seorang lagi pengguna media sosial meninggalkan komen, ‘Orang Ipoh pun tak ada nak buat macam itu, tak fasal tempat ini tutup nanti’.

Sehingga pukul 10 malam ini, video berkenaan mendapat lebih 320,000 tontonan dan lebih 350 komen.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika dihubungi memberitahu orang ramai tidak dibenarkan mandi di tasik itu.

MBI memaklumkan pihaknya akan menyemak kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN