Banjir: 17 PPS dibuka di Klang, Shah Alam - Utusan Malaysia

Banjir: 17 PPS dibuka di Klang, Shah Alam

KEADAAN banjir di Jalan Meru, Klang. -GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di Selangor terutamanya di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat.

Pembukaan PPS itu dibuat selepas hujan lebat sejak semalam menyebabkan kawasan kampung dan taman perumahan dinaiki air sehingga memaksa penduduk terjejas berpindah dengan bantuan pasukan penyelamat.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, perkembangan terkini situasi banjir masih dipantau berikutan hujan masih lagi turun pada waktu tengah hari.

Kerajaan Negeri akan terus memantau keadaan semasa dan membuka lebih banyak pusat pemindahan sekiranya perlu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut adalah senarai PPS yang dibuka:

  1. Masjid Al Islah / Masjid Al- Ubudiyah di Kampung Sementa, Kapar

 

  1. Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Pelabuhan Klang

 

  1. Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang

 

  1. Balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Pinang, Kapar

 

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah (mangsa Kampung Orang Asli Pulau Indah), Pelabuhan Klang

 

  1. Sekolah Rendah Pulau Indah, Pelabuhan Klang

 

  1. Balai MPKK Perigi Nanas, Pelabuhan Klang

 

  1. Balai MPKK Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam

 

  1. Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, Klang

 

  1. Sekolah Rendah Agama Padang Jawa, Klang

 

  1. Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam

 

  1. Balairaya MPKK Kg Lombong

 

  1. Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang, Kapar, Klang

 

  1. Dewan Orang Ramai Tok Muda, Kapar, Klang

 

  1. Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Klang

 

  1. Sekolah Rendah Agama Kampung Delek, Pelabuhan Klang

 

  1. Dewan MPKK Kampung Delek, Pelabuhan Klang

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sukarelawan Team Selangor dan Selangor Volunteer (SERVE) sedang digerakkan bagi mengedarkan bantuan-bantuan kepada mangsa banjir.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, seramai 1,011 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor pagi tadi.

Kesemua mangsa melibatkan penduduk di 23 kawasan di sekitar Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, penduduk di kawasan terlibat dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi satu meter. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.