[VIDEO] Sayu saat perpisahan bibik 16 tahun berkhidmat dengan keluarga penyayang - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sayu saat perpisahan bibik 16 tahun berkhidmat dengan keluarga penyayang

TANGKAP layar video saat perpisahan seorang pembantu rumah dengan sebuah keluarga setelah 16 tahun berkhidmat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tular video perpisahan di antara sebuah keluarga dan pembantu rumah mereka yang telah 16 tahun berkhidmat.

Pengguna TikTok, @aimanashraf8 yang memuat naik video tersebut memaparkan keluarga berkenaan menghantar pembantu rumah mereka, Kak Ana, ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia. 

“Terima kasih Kak Ana, 16 tahun dengan kami jaga makan minum kami. Kami semua sayang Kak Ana macam ibu kami.

“Selamat pulang Kak Ana. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa Kak Ana. Semoga Allah melindung Kak Ana dan sekeluarga dekat sana,” kata salah seorang ahli keluarga dalam video tersebut. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan dan mengucap selamat perjalanan kepada Kak Ana. 

Video yang memaparkan saat perpisahan seorang pembantu rumah dengan sebuah keluarga yang penuh dengan juraian air mata

“16 tahun bersama keluarga, masa yang panjang. Kasih sudah macam darah daging sendiri. Semoga ikatan silaturahim tidak terputus,” kata seorang warganet. 

“Apabila majikan melayan orang dengan baik, pekerja juga akan bekerja dengan baik. Layanan macam keluarga sendiri,” luah seorang warganet. 

Seorang individu berkata, “Semoga dipermudahkan perjalanan Kak Ana, kaya bahagia dunia dan akhirat. Majikan baik menjadi contoh buat untuk kita semua yang sedang melihat.”

“Berjurai-jurai air mata. Semoga bahagia dunia dan akhirat semua, orang baik Allah sayang,” kata seorang warganet lagi.

Luahan seorang pengguna TikTok, “Saya faham perasaan itu. Lepas 20 tahun bekerja dengan keluarga saya dan sudah sampai masanya untuk pulang. Perasaan perit yang amat sebab rasa macam ibu sendiri.” – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya