SUNGAI PETANI: Pertubuhan Keturunan Derbar Raja mahu memartabatkan keturunan Maharaja Derbar Raja Sultan Muzzafar Shah 1 yang merupakan Sultan Kedah pertama yang dilantik dari tahun 1136 hingga 1179. Yang Dipertuanya, Derbar Raja Husaini Derbar Raja Yaacob, 56, berkata, melalui pertubuhan itu, beliau mengharapkan dapat mengangkat semula keturunan tersebut selepas didakwa telah lama ‘hilang’ sebelum ini. Menurutnya, pertubuhan tersebut yang dianggotai dalam kalangan ahli keluarganya sahaja diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan…










