Dua kanak-kanak perempuan lari dari rumah penjagaan dicari - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak perempuan lari dari rumah penjagaan dicari

DUA orang kanak-kanak perempuan yang hilang dari sebuah rumah penjagaan kanak-kanak di Rembau pada 26 Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Polis kini sedang mencari dan mengesan dua orang kanak-kanak perempuan yang dipercayai melarikan diri dari sebuah rumah penjagaan kanak-kanak, di daerah ini pada 26 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, kira-kira pukul 3.50 pagi, semasa kakitangan rumah penjagaan berkenaan membuat rondaan di dalam asrama mendapati dua kanak-kanak perempuan tersebut telah tiada di atas katil masing-masing. 

Menurutnya, kakitangan tersebut telah mencari dan memanggil nama seramai 99 orang kanak-kanak yang ada sedangkan jumlah kanak-kanak sebenar seramai 101 orang. 

“Kakitangan tersebut telah segera membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati kanak-kanak berusia 14 dan 13 tahun itu tidak membawa apa-apa pakaian bersama semasa melarikan diri.

“Sehubungan itu, individu yang mempunyai maklumat berhubung lokasi terkini dua kanak-kanak berkenaan bolehlah menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan J. Manivanan di talian 019-8148463.

“Boleh juga hubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di talian O6-6851999,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Hazri berkata, kanak-kanak berusia 14 tahun berkenaan berkulit cerah, tinggi sederhana, berbadan gempal dan berisi manakala pakaian kali terakhir adalah baju kurung.

“Bagi kanak-kanak berusia 13 tahun pula berkulit sawa matang, tinggi lebih kurang 155 sentimeter, badan berisi dan pakaian terakhir baju kurung. Kami harap kanak-kanak ini akan dapat segera ditemukan,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN