PPV PIKAS di Senawang mula operasi pada 19 Julai - Utusan Malaysia

PPV PIKAS di Senawang mula operasi pada 19 Julai

MOHAMAD Rafie Ab. Malek (kanan) ketika membuat lawatan ke PPV Kompleks Belia dan Sukan, di Paroi, Seremban yang mula beroperasi hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) akan dibuka di D’Cattleya, Senawang pada 19 Julai depan

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan Dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, apabila beroperasi kelak, ia mampu menampung sebanyak 1,200 hingga 1,500 dos suntikan sehari kepada golongan pekerja.

“Ketika ini, sebuah PPV PIKAS akan mula operasi di PPV D’Tempat Country Club, Sendayan dan kemudiannya sebuah lagi akan dibuka D’Cattleya, Senawang.

“Apabila ia dibuka kelak, ia akan lebih memfokuskan pemberian vaksin kepada pekerja-pekerja kilang di sekitar kawasan Senawang. Kami yakin, tambahan vaksin yang dimaklumkan akan tiba dalam jumlah besar pada bulan ini, bukan sahaja dapat mempercepatkan proses vaksin di bagi pekerja industri di negeri ini tapi juga kepada orang awam yang lain,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke PPV Kompleks Belia dan Sukan, Paroi dekat sini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia Dan Sukan dan ADUN Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd. Ghani.

Menurut Mohamad Rafie, sehingga kin,i sebanyak 56 majikan kilang yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terlibat dalam proses pemberian vaksin PPV PIKAS di negeri ini yang membabitkan lebih 20,000 pekerja warganegara Malaysia dan pekerja asing.

Sementara itu, menurut beliau, pembukaan PPV di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi tersebut akan memberi satu lagi kemudahan kepada penduduk di sekitar Paroi, Ampangan dan Senawang bagi menerima vaksin masing-masing.

“PPV ini akan menampung sehingga 2,400 dos suntikan sehari dan di sini juga nanti akan diusahakan juga untuk dilaksanakan proses pemberian vaksin secara pandu lalu bagi mempercepatkan lagi proses tersebut,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN