MAIS serah 198 set makanan fidyah - Utusan Malaysia

MAIS serah 198 set makanan fidyah

KAKITANGAN MAIS bergambar bersama wakil masjid yang menyalurkan sumbangan fidyah di Kuala Langat, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Golongan B40 yang terjejas seperti kehilangan pekerjaan dan pengurangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 antara penerima fidyah yang diagihkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

MAIS dalam kenyataan hari ini memberitahu, dalam peruntukan fidyah itu, sebanyak 198 set makanan asasi berjumlah RM100 yang berupa beras, minyak, gula dan makanan kering lain untuk diagihkan di sekitar daerah Kuala Langat.

“Sumbangan fidyah melibatkan golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dicutikan oleh majikan atau hilang punca pendapatan.

“Jumlah keseluruhan agihan adalah sebanyak RM19,800,” katanya menerusi satu hantaran dalam Facebook hari ini.

Tambahnya, agihan fidyah ditumpukan kepada penerima yang hilang punca pendapatan dan hilang pekerjaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Pihak masjid yang terlibat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak MAIS kerana prihatin terhadap keperluan masyarakat pada masa kini terutama kepada mereka yang hilang punca pendapatan dalam tempoh PKP ini,” katanya.

Jelasnya lagi, bantuan agihan fidyah hari ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) iaitu Sekolah Rendah Integrasi Miftahul Hikmah, Masjid Jamiul Ehsani, Masjid Al Fallah, Masjid Al Muttaqin, Masjid Al Ehsan dan Sahabat Hospital.

Untuk umat Islam di Negeri Selangor yang hendak melaksanakan bayaran fidyah secara atas talian bolehlah layari http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

MAIS mengucapkan terima kasih atas bayaran fidyah yang telah dilaksanakan oleh masyarakat Islam di Negeri Selangor. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN