IPT perlu beri perhatian terhadap kesihatan mental pelajar - Utusan Malaysia

IPT perlu beri perhatian terhadap kesihatan mental pelajar

Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) digesa memberi perhatian terhadap kesihatan mental pelajar lebih-lebih lagi kepada mereka yang terjejas sepanjang pandemik Covid-19.

Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, isu ini perlu ditangani dengan lebih serius.

“Kesihatan mental pelajar kini merupakan perkara yang wajib dititikberatkan oleh semua pihak terutamanya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan IPT, malah, kaedah pengajaran juga perlu dikaji semula pelaksanaannya.

“Sekiranya semester hadapan masih perlu dijalankan secara dalam talian, MPPK memohon agar KPT dapat mengeluarkan arahan kepada semua IPT supaya dipanjangkan tempoh pembelajaran daripada 14 minggu kepada 15 atau 16 minggu,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Pihak MPPK turut berharap agar pihak IPT yang memberi tempoh bertenang kepada mahasiswa supaya dapat memastikan tempoh tersebut benar-benar digunakan sebagai tempoh bertenang.

“Pastikan tiada pensyarah yang masih meminta pelajarnya menghantar tugasan atau mengadakan peperiksaan dalam tempoh tersebut.

“Ini kerana pihak MPPK mengambil maklum tentang kebimbangan pelajar terhadap kesihatan mental mereka ketika Fasa Pemulihan Negara ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya