Covid-19 Negeri Sembilan tertinggi selepas Sabah - Utusan Malaysia

Covid-19 Negeri Sembilan tertinggi selepas Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan menjadi negeri kedua tertinggi merekod kes positif Covid-19 selepas Sabah dengan angka 155 kes semalam.

Jumlah kes positif tersebut angka tertinggi pernah dicatatkan dalam sehari di negeri ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 1,492 kes.

Daripada 155 kes baharu tersebut, sebanyak 148 kes tempatan dan baki tujuh lagi kes import B iaitu merentas negeri dan mendapat jangkitan dari negeri lain.

Daripada 155 kes baharu, 153 kes membabitkan kes di daerah Seremban iaitu di Mukim Labu dengan 126 kes saringan Kluster Kaya (tempatan), 16 kes saringan Kluster Kaya (import B), satu kes saringan prapembedahan (tempatan), satu kes saringan bergejala (tempatan) dan satu kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 (tempatan).

Di Mukim Rasah, penambahan dua kes saringan Kluster Kaya (import B) dan satu kes kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 (tempatan).

Di Mukim Setul, terdapat penambahan dua kes saringan Kluster Kaya (Import B) manakala di Mukim Seremban, penambahan satu kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 (tempatan).

Di Mukim Rantau dan Ampangan, masing-masing penambahan satu kes saringan Kluster Kaya (Import B).

Di Rembau iaitu di Mukim Titian Bintangor mencatatkan penambahan satu kes hasil saringan Kluster Bah Layangan (tempatan).

Di daerah Port Dickson pula Mukim Jimah mencatatkan penambahan satu kes kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 (Import B).

Daripada jumlah pesakit Covid-19, 1,078 kes telah sembuh dan discaj, 406 kes masih menerima rawatan di wad dan lapan lapan kes telah meninggal dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya