M. Daud Kilau harap sumbangan kerusi roda - Utusan Malaysia

M. Daud Kilau harap sumbangan kerusi roda

RABI Atuladawiah Mohamad Juni ketika melawat M. Daud Kilau di rumah penyanyi veteran itu di Sungai Balai Baru, Bagan Datuk, Perak, semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Nasib penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau yang mengalami masalah kesihatan selain hilang mata pencarian kerana tidak lagi mampu membuat persembahan pentas, mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Susulan laporan Utusan Malaysia mengenai keadaan pe­nyanyi berusia 82 tahun itu semalam, JKM Daerah Hilir Perak menghantar pegawainya bagi melihat keadaan penyanyi ve­teran itu kediamannya di Sungai Balai Baru di sini semalam.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak Mohd. Firdaus Othman berkata, berdasarkan temu bual pegawainya, Rabi Atuladawiah Mohamad Juni di rumah penyanyi itu, M. Daud yang menghidap beberapa pe­nyakit, sukar untuk bergerak.

Menurutnya, penyanyi itu lebih banyak berbaring dan dibantu isteri dan anaknya untuk bergerak terutama ke bilik air.

“Memandangkan beliau mem­punyai masalah untuk bergerak, jadi beliau memohon bantuan alat sokongan iaitu kerusi roda elektrik.

“JKM akan mempertimbangkan bantuan tersebut untuk memudahkan beliau bergerak,” katanya.

Menurut Mohd. Firdaus, M. Daud menerima bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebanyak RM500 sejak empat bulan lalu.

“Beliau tiada sumber pendapatan lain cuma kadang kala sumbangan daripada orang perseorangan yang datang melawatnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×