Jangan tunai solat Subuh di lebuh raya - ANIH - Utusan Malaysia

Jangan tunai solat Subuh di lebuh raya – ANIH

GAMBAR yang tular dalam laman sosial Jumaat lalu memaparkan pengguna menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan di Kilometer (KM) 32 Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak (KLK). 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: ANIH Berhad mengambil maklum gambar yang tular dalam media sosial sejak 31 Julai lalu yang memaparkan pengguna menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan di Kilometer (KM) 32 Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak (KLK) akibat kesesakan lalu lintas sewaktu pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha.

Syarikat pengendali (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) berkenaan menghargai kesabaran pengguna lebuh raya itu dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur setiap kali musim perayaan dan cuti umum. 

Namun, ANIH Berhad dalam kenyataannya hari ini memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada orang ramai agar tidak menunaikan ibadah solat di atas jalan raya terutama di lorong kecemasan demi faktor keselamatan.

“Adalah dikhuatiri, kelak mungkin akan terdapat pengguna jalan raya lain yang turut sama solat dan ini mungkin boleh menyebabkan penunggang motosikal dan kenderaan lain yang mungkin tidak menyedari kehadiran statik individu yang berada di lorong kecemasan.

“Adalah juga diharapkan para pengguna lebuh raya dapat merancang perjalanan dan persinggahan untuk solat atau berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat sepanjang LPT 1 dan KLK ketika pulang ke Lembah Klang dengan menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan mendadak dan kesesakan yang bakal ditempuhi kelak,” kata ANIH Berhad dalam kenyataannya di sini hari ini. 

Menurut kenyataan itu lagi, ANIH Berhad menghargai komitmen orang ramai dalam meningkatkan keselamatan di jalan raya untuk diri sendiri, keluarga dan pengguna lain serta sentiasa bersabar menghadapi aliran trafik puncak.

“Sila layari Twitter @LPTTrafik dan untuk sebarang pertanyaan, anda digalakkan untuk hubungi LPT-line 03-5479111 atau 1700-818-700 dan juga email kepada [email protected],” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya