Jurulatih sukan diburu along, pinjam RM23,000 tetapi diugut bayar RM40,000 - Utusan Malaysia

Jurulatih sukan diburu along, pinjam RM23,000 tetapi diugut bayar RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang jurulatih sukan diburu sekumpulan along yang memintanya membayar wang sebanyak RM40,000 selepas membuat pinjaman berjumlah RM23,000, awal bulan ini.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 28, berkata, dia terdesak membuat pinjaman berkenaan selepas terpedaya dengan satu skim pekerjaan yang menawarkan keuntungan sehingga RM400,000.

Katanya, dia meminjam sejumlah wang tersebut daripada lapan individu along berbeza.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada Jun lalu, saya ternampak satu iklan di Instagram yang menawarkan peluang pekerjaan dengan keuntungan tinggi, namun perlu membuat pelaburan untuk melayakkan diri.

“Bermula dari itu, saya mula buat pelaburan dan menerima bayaran keuntungan kira-kira RM2,000. Saya kemudian berasa yakin dan membuat pelaburan sebanyak RM55,000, menggunakan wang simpanan dan juga pinjaman along.

“Namun, walaupun telah buat pelaburan berkenaan, saya tidak menerima keuntungan yang dijanji, sebaliknya saya mula diburu along-along yang mendesak agar saya membayar pinjaman mereka beserta bunga,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Biro Aduan Parti Wawasan Negara Johor di Masai, di sini hari ini.

ADS:D

Sehubungan itu, Tan telah membuat dua laporan polis berhubung ugutan yang diterima pihaknya serta beberapa ahli keluarga lain di Balai Polis Sri Hartamas, di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

“Saya telah meminjam sedikit wang daripada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk membayar RM10,000 daripada jumlah wang diminta, namun mereka tetap mengugut saya, abang saya dan juga ibu bapa saya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat Biro Aduan Parti Wawasan Negara Johor, Ang Tun Chek berkata, pihaknya berharap masyarakat akan lebih berhati-hati dengan sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi menjanjikan keuntungan tinggi.

“Kami berharap perkara seperti ini akan dapat menyedarkan masyarakat agar tidak terus terpedaya dengan pelbagai taktik penipuan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN