Pelajar tingkatan dua disiasat berhubung kes tikam rakan sekelas

Pelajar tingkatan dua disiasat berhubung kes tikam rakan sekelas

Tikam pelajar
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menahan seorang pelajar perempuan tingkatan 2 sekolah di negeri lain berhubung siasatan terhadap kes tikam dekat sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat, pada awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, tangkapan tersebut dibuat selepas suspek disyaki terlibat dan menjadi penyebab terhadap tindakan seorang pelajar tingkatan tiga menikam rakan sekelasnya.

“Bagaimanapun pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan mendapati tiada keterlibatan secara langsung dengan kes tikam tersebut.

“Siasatan dibuat kerana ingin mengetahui sekiranya wujud komuniti atau kumpulan tertentu yang mendorong suspek menikam rakan sekolahnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 10 Julai lalu, Mahkamah Majistret di Telok Datok, Kuala Langat mengarahkan remaja perempuan suspek kes tikam itu menjalani rawatan dan penilaian psikiatri selama sebulan dekat Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak.

Perintah tersebut dikeluarkan ketika suspek dihadapkan ke mahkamah berkenaan atas pertuduhan menikam rakan sekelasnya pada 6 Julai lalu.

Dalam pada itu, Shazeli memaklumkan polis turut menyiasat kandungan-kandungan dalam media sosial berkaitan penyebaran segala maklumat yang menjadi bukti dalam siasatan kes berkenaan.

“Kita sedang siasat bagaimana nota-nota yang mengandungi senarai individu-individu dibuat suspek tersebar dalam media sosial kerana ia merupakan sebahagian daripada bukti kes,” jelasnya.

Sementara itu, berhubung perkembangan terkini kesihatan mangsa, beliau memaklumkan pelajar perempuan terbabit sudah pun dibenarkan keluar dari hospital pada 13 Julai lalu dan masih menjalani pemulihan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN