Hotel tiga bintang jalankan kegiatan persundalan diserbu

Hotel tiga bintang jalankan kegiatan persundalan diserbu

salah seorang wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur membongkar aktiviti persundalan membabitkan gadis warga asing di sebuah hotel tiga bintang di Jalan Cheras di sini awal pagi semalam.

Serbuan kira-kira pukul 1.05 pagi yang dijalankan hasil maklumat dan risikan mendapati beberapa wanita asing yang berpakaian seksi dikesan sedang leka melayan pelanggan di bilik ditetapkan.

Difahamkan, kegiatan tidak bermoral itu ditawarkan menerusi aplikasi sosial dan pelanggan perlu membayar antara RM200 hingga RM230 sebelum diuruskan seorang lelaki tempatan disyaki berperanan sebagai ‘kapten’.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau berkata, seramai lapan individu iaitu enam wanita dan dua lelaki ditahan dalam operasi berkenaan.

“Semakan mendapati wanita terdiri daripada lima warga Indonesia dan seorang Thailand, manakala lelaki terbabit ialah warga tempatan disyaki ‘kapten’ dan warga Nepal merupakan pekerja di hotel berkenaan,” katanya.

Katanya, antara kesalahan warga asing terbabit ialah tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan.

Dalam pada itu, seorang gadis Indonesia dikenali sebagai Aqis, 21, mendakwa, dia datang ke Malaysia sejak April lalu sebagai pelancong.

“Kawan yang beritahu saya kerja di sini. Sehari biasa seorang sahaja pelanggan. Saya dapat komisen dalam RM100 untuk setiap pelanggan,” katanya.

Seorang wanita tempatan yang bekerja di kaunter hotel terbabit pula mendakwa mengetahui terdapat aktiviti persundalan terbabit namun enggan menceritakan lebih lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN