PETALING JAYA: Pegawai polis Bahagian Counter Terrorism E8 Cawangan Khas Bukit Aman sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf (ASG) pada 2012. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, mengimbau kembali operasi berisiko tinggi itu melalui perkongsian di laman Facebook beliau, membuka semula kisah keberanian pasukan elit berkenaan dalam melaksanakan misi sulit merentas sempadan. Katanya, mangsa, Mohd Nazarrudin Saidin diculik sekumpulan lelaki bersenjata pada…







