Wanita tampil nafi ada hubungan dengan pegawai kanan tentera

Wanita tampil nafi ada hubungan dengan pegawai kanan tentera

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan tentera tampil membuat kenyataan penafian berhubung dakwaan yang tular di media sosial.

Dasyarina Sarilah Daud dalam satu kenyataan hari ini berkata, penjelasan itu dibuat secara sukarela bagi membersihkan nama, keluarga dan syarikatnya.

Menurutnya, hubungan beliau dengan individu yang dinamakan dalam hantaran itu hanyalah sebagai rakan dan kenalan golf serta tidak mempunyai kaitan dengan urusan peribadi.

“Hubungan saya dengan individu hanyalah kawan dan kenalan golf serta tiada kena mengena dengan status peribadi saya.

“Saya juga tidak pernah mendapat sebarang projek kerajaan, apatah lagi daripada pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF) atau kerajaan,” katanya.

Katanya, segala dakwaan dan tohmahan yang tular berkait dirinya adalah tidak benar dan dinafikan sepenuhnya.

“Saya menafikan segala tohmahan dan tuduhan yang ditularkan berkait diri saya.

“Saya dalam proses ingin mengambil tindakan undang undang terhadap bahan bahan yang ditularkan kerana perkara itu tidak benar,” jelasnya.

Terdahulu, aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, memuat naik beberapa hantaran di Facebook yang mengaitkan seorang pegawai kanan tentera laut dengan pelbagai dakwaan berkait isu integriti dan urusan peribadi.

Dalam hantaran itu, beliau turut mengaitkan seorang wanita bernama Dasyarina dengan dakwaan berhubung hubungan peribadi yang didakwa berlaku ketika pegawai berkenaan berurusan dengan pihak kontraktor, namun dakwaan itu dibuat tanpa sebarang pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN