Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan Pintu Istana Negara

Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan Pintu 2 Istana Negara telah didakwa

mabuk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu mabuk yang merempuh palang keselamatan Pintu 2 Istana Negara di Jalan Changkat Semantan dekat sini, telah didakwa di Mahkamah Majistret pada pukul 11 pagi tadi mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, polis menahan pemandu berusia 21 tahun itu yang memandu kereta Toyota Vios di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 3.30 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki itu merempuh bollard pole dan barrier gate Pintu 2 Istana Negara.

“Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. Bagaimanapun, kejadian itu menyebabkan bahagian hadapan kereta dan palang keselamatan rosak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan dilakukan di lokasi kejadian termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), merakam percakapan dan menjalankan ujian pernafasan terhadap pemandu.

“Ujian mendapati kandungan alkohol dalam badan pemandu adalah 166mg/100ml, iaitu melebihi had ditetapkan,” jelasnya.

Kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebelum mendapat arahan untuk menuduh pemandu tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN