PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami patahFadil Marsus tulang paha dipercayai ketika berada bawah jagaan seorang pengasuh pada 9 Januari lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.38 petang itu, mangsa mengalami bengkak pada bahagian paha kiri.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kecederaan itu dikesan selepas bayi berkenaan pulang dari rumah pengasuh di Taman Koperasi Polis dekat sini.
Katanya, mangsa dibawa ke hospital oleh ibu bapanya selepas tidak berhenti menangis.
“Pemeriksaan lanjut di Hospital Ampang mengesahkan mangsa mengalami patah tulang paha kiri.
“Susulan itu, laporan polis telah dibuat oleh seorang pegawai perubatan berusia 27 tahun yang merawat mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. – UTUSAN










