KUALA LUMPUR: Seorang pemilik motosikal Yamaha Y15ZR atau ‘Ysuku’ sanggup berhabis duit gaji sehingga RM18,000 untuk ubah suai kenderaan hanya kerana mahu dilihat gah dalam kalangan rakannya. Tindakan itu bagaimanapun dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi melibatkan modifikasi termasuk penggunaan ekzos, tiada brek depan atau belakang, tayar sotong selain enjin berkuasa tinggi. Operasi Op Pelbagai itu dijalankan JPJ Putrajaya bersama JPJ Kuala Lumpur di susur Genting Sempah, Plaza Tol…








