PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan aktivis Pembela Tanah Air (Peta), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mengenai isu pengubahan wang haram melibatkan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan menyiasat sebarang dakwaan rasuah atau penyalahgunaan kuasa sekiranya disokong oleh maklumat dan bukti yang sahih. Katanya, setakat ini, SPRM masih belum menerima sebarang aduan rasmi atau…










