SEREMBAN: Polis menemukan tiga objek disyaki alat letupan buatan sendiri (IED) susulan kejadian letupan yang berlaku di kawasan parkir Pangsapuri Desa Palma, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.08 pagi selepas orang awam memaklumkan terdapat objek meletup dan paku bertaburan di kawasan berkenaan melalui panggilan MERS 999. “Hasil maklumat awal daripada saksi awam mendapati letupan yang…







