KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,762,238 notis saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM1.42 bilion masih belum dilunaskan ketika tempoh diskaun 50 peratus saman berakhir pada 30 Disember ini. Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, statistik setakat 27 Disember merekodkan 702,606 saman bernilai RM93.5 juta telah dibayar pengguna jalan raya. Menurutnya, JPJ mengalu-alukan dan menggalakkan orang ramai yang masih mempunyai saman tertunggak supaya mengambil peluang membayar dengan diskaun…








