Tiga ditahan bantu siasatan kes tembak di Klang

Tiga ditahan bantu siasatan kes tembak di Klang

Kes tembak
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga individu ditahan polis baru-baru ini bagi membantu siasatan berhubung insiden tembak dekat sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang pada minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua suspek lelaki berusia 19 hingga 35 tahun ditangkap di sekitar kawasan Klang dan direman hingga Isnin ini bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.

“Siasatan masih lagi berlangsung, namun saya tidak boleh memberi ulasan secara terperinci kerana melibatkan sensitiviti kes tersebut,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar, hari ini.

Tambahnya, siasatan polis masih menyeluruh termasuk dakwaan penglibatan mangsa dan suspek dalam mana-mana kumpulan kongsi gelap.

Kita tidak boleh menjurus kepada satu aspek kongsi gelap sahaja. Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, pelbagai aspek kita perlu lihat berdasarkan daripada latar belakang si mati itu sendiri,” jelasnya.

Selasa lalu, Utusan Malaysia melaporkan, mangsa kes tembak pada 7 November lalu disahkan mempunyai rekod berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketika itu Shazeli memaklumkan, malah mangsa berusia 34 tahun itu juga dikehendaki polis bagi membantu siasatan di bawah akta tersebut.

Seorang lelaki sebelum ini dilaporkan maut akibat ditembak dua suspek pada bahagian hadapan badannya dekat sebuah stesen minyak Petronas pada pukul 11.13 malam, 7 November lalu.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang tidak bekerja itu didapati ditembak beberapa kali oleh seorang penyerang yang menunggang motosikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN