SPRM panggil Shamsul, Albert Tei dalam masa terdekat

SPRM panggil Shamsul, Albert Tei dalam masa terdekat

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tohmahan pemberian rasuah seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan itu dilakukan susulan siasatan segera dilakukan pihaknya berhubung perkara itu.

Kata beliau, SPRM akan memanggil pihak yang membuat tohmahan berkenaan iaitu Albert Tei serta pihak yang ditohmah iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.

“Selain itu, SPRM juga akan memanggil semua pihak-pihak yang terlibat bagi tujuan mengumpul bukti-bukti yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Azam berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu ini.

“Beri  ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mengumpul keterangan serta bukti berkaitan tohmahan ini,” jelasnya.

Shamsul Iskandar semalam memaklumkan menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, tindakan itu selepas terdapat percubaan untuk menyerang dirinya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×