AMPANG JAYA: Polis perlu menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh wanita yang didapati menggunakan gelaran Datuk palsu. Presiden Majlis Datuk Dato’ Malaysia (MDDM) Datuk Samson David Maman berkata, satu laporan telah dibuat selepas pihaknya mengesan penggunaan darjah kebesaran oleh pempengaruh itu pada 17 November lalu. “Wanita berkenaan memaparkan dirinya di media sosial sebagai penerima gelaran Datuk Panglima Wilayah (DPW), semakan pihak MDDM mendapati gelaran itu palsu dan tidak wujud secara rasmi.…







