Warga asing tiada lesen, perjudi nyawa puluhan pekerja

Warga asing tiada lesen, perjudi nyawa puluhan pekerja

Lesen warga asing
PEMANDU warga Sri Lanka ditahan dan diperiksa oleh JPJ, di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Sri Lanka memperjudikan nyawa puluhan pekerja apabila memandu bas tanpa lesen yang sah di sekitar bandar raya ini dan Klang sejak enam bulan lalu.

Malah, lelaki berusia 30-an itu juga bertindak berani apabila memandu bas berkenaan tanpa sebarang perlindungan insurans apabila Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tamat tempoh.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, siasatan pihaknya turut mendapati pemandu bas berkenaan tidak mempunyai lesen memandu vokasional (PSV) dan lesen memandu kompeten (CDL).

“Situasi tersebut seterusnya membahayakan penumpang dibawanya sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Soal siasat mendapati alasan lelaki warga asing itu memandu kerana disuruh majikannya.

“Bukan sahaja cukai jalan tamat tempoh malah pemeriksaan Puspakom juga telah tamat tempoh,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Malah katanya, bas kilang tersebut boleh diibaratkan sebagai ‘bas koboi’ yang jelas menyalahi undang-undang.

Tambah Azrin, pihaknya kemudiannya menyita bas berkenaan dengan sebanyak 10 notis dikeluarkan terhadap pemandu bas kilang terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat dan Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×