PETALING JAYA: Sebanyak 395 premis perjudian yang disyaki beroperasi tanpa lesen di seluruh negara digempur Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Dadu Mega pada Sabtu dan Ahad lalu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 272 premis menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen melibatkan 245 premis penjualan loteri awam, perjudian dalam talian (20 premis), pusat hiburan keluarga (lima premis) dan dua premis yang dijadikan pusat panggilan (calling centre) untuk aktiviti perjudian. Pengarah Jabatan Siasatan…