Penagih rokok pukul pasangan suami, isteri dibebaskan

Penagih rokok pukul pasangan suami, isteri dibebas dengan jaminan polis

Perokok dibebaskan
SUSPEK pukul pasangan suami isteri akibat ditegur kerana merokok di restoran, dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suspek perokok yang terlibat dalam kes pukul seorang wanita hamil dan suaminya dekat sebuah restoran di Seksyen 13, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, jaminan itu diberikan dan dalam masa sama kertas siasatan dilengkapkan untuk pertuduhan.

“Suspek diberi jaminan polis, sementara kertas siasatan dilengkapkan untuk pertuduhan. Mahkamah Majistret tidak membenarkan reman dibuat ke atas suspek,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seorang penagih rokok yang berang selepas ditegur merokok dekat sebuah restoran di sini, baru-baru ini ditahan polis selepas pulang daripada menyertai konvoi motosikal ke Thailand, malam tadi.

Suspek berusia 49 tahun itu ditahan polis ketika berada di Persiaran Kayangan, Seksyen 9, di sini dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret tadi untuk permohonan reman.

Kelmarin, lelaki tersebut dilapor berang dan bergaduh dengan pasangan suami isteri selepas ditegur merokok dekat sebuah restoran, baru-baru ini.

Kejadian pukul 11.50 malam itu menimpa seorang wanita hamil dan suaminya yang tidak selesa dengan tindakan suspek merokok di meja berdekatan.

Mangsa yang bimbang dengan kesihatannya kemudian meminta pekerja restoran menegur perbuatan lelaki itu namun tidak diendahkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN