KUALA LANGAT: Seorang wanita warga asing ditikam suami dalam satu kejadian menggemparkan penduduk dipercayai berlaku dekat Kampung Kanchong Darat, Banting, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut melibatkan pasangan suami isteri warga asing.
“Ya saya sahkan kejadian dalam siasatan. Kejadian melibatkan warga asing suami isteri. Maklumat lanjut saya akan maklumkan dalam kenyataan,” katanya. – UTUSAN
Berita lanjut menyusul