ALOR GAJAH: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cedera selepas dipercayai dipukul dengan kerusi dan ditampar bapanya hanya kerana lambat memanaskan lauk di rumah mereka di Kampung Panchor di sini, Selasa lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang, mangsa yang merupakan anak kedua daripada lima beradik sedang menyiapkan kerja sekolah, sebelum diminta suspek berusia 40 tahun memanaskan lauk untuk dihantar kepada ibunya yang bekerja. Menurut sumber, gadis itu bertindak mencampakkan…