Polis tahan bapa rogol anak tiri

Polis tahan bapa rogol anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes rogol anak tiri berusia 13 tahun, di sini malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada gurunya yang membuat laporan polis kelmarin.

Katanya, mangsa dilihat berada dalam keadaan murung dan suka menyendiri sejak kebelakangan ini sebelum seorang guru mendekati dan meminta mangsa menceritakan kenapa dia berkeadaan demikian.

“Mangsa menceritakan dia trauma kerana telah beberapa kali dirogol bapa tirinya itu di rumah mereka semasa ketiadaan ibunya. Bertindak atas maklumat itu kita kemudian menahan lelaki itu di rumah mereka di Gurun, semalam,” katanya.

Menurut Hanyan, mangsa merupakan anak bongsu daripada empat beradik, manakala ibunya seorang suri rumah.

Katanya, suspek mempunyai empat anak lagi hasil perkahwinan pertamanya sebelum berkahwin dengan ibu mangsa beberapa tahun lalu.

Tambahnya, mangsa dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) manakala bapa tirinya direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 (3). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN