Polis perketat kawalan keselamatan keluarga Rafizi

Polis perketat kawalan keselamatan keluarga Rafizi

Kawalan keselamatan
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis memperketat kawalan keselamatan terhadap bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan keluarga susulan insiden anak lelakinya dipeluk dan dicucuk dengan jarum suntikan dekat sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, tindakan tersebut dilakukan, namun enggan mendedahkan dengan lebih lanjut bagi memastikan prosedur polis dan siasatan berhubung dapat dijalankan tanpa gangguan.

“Ya, tetapi saya tak boleh dedahkanlah sebab orang akan tahu, security itu buat apa (kawalan yang sedang dilakukan oleh polis). Tetapi, memang ia di bawah kawalan polis,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan anak Ahli Parlimen Pandan yang berusia 12 tahun itu cedera selepas diserang seorang lelaki yang bertindak mencucuknya dengan jarum suntikan

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 1.45 petang itu, mang­sa yang berumur 12 tahun bersama ibunya sedang me­masuki kereta sebelum didatangi seorang suspek yang mengheretnya lalu mela­kukan serangan tersebut.

Kata Shazeli, bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan kini dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang gangguan kesihatan.

Jelasnya, selain itu polis turut merekodkan keterangan daripada enam individu termasuk Mohd. Rafizi, isteri, mangsa dan individu-individu lain serta menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

“Sampel darah sudah pun diambil oleh pihak hospital dan sedang dianalisis. Polis masih mengenal pasti identiti dua suspek dan kenderaan motosikal yang digunakan untuk melarikan diri selepas melakukan insiden tersebut.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 14(D) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 324 dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambah Shazeli, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi serta andaian yang boleh menyebabkan kegusaran serta tindakan provokasi tanpa kawalan.

“Sekiranya masyarakat mempunyai sebarang maklumat, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mahafiz Mat Lawi di talian 010-2396533 atau berhubung terus dengan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN