SUBANG JAYA: Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar kolej wanita berusia lingkungan 20-an di sebuah rumah di USJ 2/1, Subang Jaya, 14 Ogos lalu dengan lima lagi keterangan individu akan diambil. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sehingga kini pihaknya telah merakam keterangan 30 individu terdiri daripada ahli keluarga, jiran tetangga serta rakan-rakan mangsa. Tambah Wan Azlan, siasatan memerlukan sedikit masa…