Kubur Syamsul Haris akan digali semula Jumaat ini

Kubur Syamsul Haris akan digali semula Jumaat ini

Syamsul Haris
UMMU Haiman Bee Daulatgun (kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kubur Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, yang meninggal dunia pada 28 Julai lalu, dijadual digali semula Jumaat ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih.

Ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, mengesahkan proses penggalian semula akan bermula pukul 8 pagi.

“Penggalian semula kubur Syamsul Haris ditetapkan pada 29 Ogos pukul 8 pagi. Setakat ini pihak kami atau peguam belum dimaklumkan sebarang perkembangan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya kepata Utusan Malaysia.

Beliau menambah, pihak keluarga berharap proses ini dapat dilaksanakan segera. “Kami berharap kubur arwah dapat digali semula dalam tempoh 48 jam seperti yang diminta dalam perintah mahkamah,” katanya.

Keputusan penggalian semula kubur dibuat Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas permohonan Ummu Haiman dibenarkan. Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet memerintahkan kubur digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan. Mahkamah turut mengeluarkan tiga perintah khusus yang perlu dipatuhi pihak responden.

Ummu Haiman berkata, “Tempoh 24 jam telah berlalu, kami masih menunggu makluman rasmi daripada PDRM. Proses ini penting untuk memberi kepastian kepada keluarga dan memastikan siasatan terhadap kematian Syamsul Haris dijalankan secara telus.”

Beliau menekankan kepentingan siasatan kedua. “Keputusan mahkamah ini adalah langkah penting untuk meneliti punca sebenar kematian anak saya. Kami mahu jawapan yang jelas dan adil bagi menamatkan persoalan yang timbul sejak tragedi berlaku,” katanya.

Pihak keluarga dan peguam kini menunggu prosedur rasmi daripada PDRM sebelum penggalian kubur dijalankan.

“Langkah ini juga memberi peluang pihak berkuasa melaksanakan bedah siasat kedua secara terperinci, bagi memastikan semua fakta dan bukti dikumpulkan untuk siasatan penuh,” katanya.

Syamsul Haris merupakan pelatih PALAPES, dan kematiannya menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat, terutama berkaitan keselamatan pelatih serta ketelusan prosedur universiti dan pihak berkuasa. “Kami mahu proses ini dijalankan secara profesional dan adil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN