Polis cari suami isteri larikan diri selepas kereta dinaikI jatuh sungai

Polis cari suami isteri larikan diri selepas kereta dinaikI jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pasangan suami isteri yang dipercayai melarikan diri selepas kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai berhampiran Jalan Kuari Sungai Long, Hulu Langat dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 9.30 pagi semalam.

Katanya, saksi awam yang tinggal berhampiran lokasi kejadian memaklumkan terdengar bunyi bising di kawasan sungai berkenaan pada pukul 9 pagi dan melihat seorang lelaki dan wanita keluar dari kenderaan yang terjatuh ke dalam sungai sebelum melarikan diri.

“Polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat pemeriksaan dan mengesahkan tiada individu di dalam kenderaan berkenaan sebelum ia berjaya dibawa naik.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan dan semakan mendapati pemilik kenderaan adalah lelaki tempatan dan individu itu mengesahkan kenderaan terbabit disewakan kepada seorang lelaki tempatan sebelum dipinjam pasangan suami isteri sebelum kejadian berlaku.

Katanya, pihak polis justeru masih mengesan pasangan berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN