Mengadu gastrik, rupanya dirogol bapa

Mengadu gastrik, rupanya dirogol bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Polis menahan seorang bapa di sekitar Bestari Jaya, di sini, semalam kerana disyaki merogol anak kandungnya sendiri yang berusia 17 tahun.

Perkara itu dikesan oleh pegawai perubatan Hospital Tanjong Karang, di sini apabila remaja perempuan berkenaan datang ke sana untuk mendapatkan rawatan kerana mengadu sakit gastrik.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian menimpa mangsa itu kira-kira pukul 5.07 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati remaja itu hadir mendapatkan rawatan kerana mengadu mengalami gastrik, kira-kira pukul 6 petang kelmarin. Namun, hasil temubual awal doktor mendapati pesakit itu dirogol bapa kandungnya yang berusia 51 tahun.

“Susulan itu, polis menahan suspek di sekitar Bestari Jaya pukul 10.15 malam hari sama,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau menambah, suspek yang bekerja sebagai tukang urut dan mempunyai isteri direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

“Reman ke atas suspek lelaki berkenaan bermula hari ini sehingga 5 Ogos depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN