BATU PAHAT: Sebuah kapal tangki ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) kerana didapati bersauh secara haram di perairan Batu Pahat, malam tadi. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, kapal tangki yang berdaftar dari Bridgetown itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia pada pukul 12.30 tengah malam tadi di kedudukan 12.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting setelah nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh ketika…







