5,051 senjata tiruan bernilai RM4.16 juta dirampas

5,051 senjata tiruan bernilai RM4.16 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan sebanyak 5,051 senjata api tiruan bernilai RM 4.16 juta selepas menyerbu tujuh premis di tiga lokasi di ibu negara, Selangor dan Johor semalam.

Rampasan itu dilakukan menerusi Op Taring Bravo 3 (senjata tiruan) yang dilakukan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) dan berjaya menahan enam individu.

Kesemua mereka ditahan terdiri dua lelaki warga tempatan dan selebihnya warga asing dengan kesemua berusia 28 sehingga 40 tahun.

Pengarah JKDNKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, operasi pertama melibatkan dua premis di sekitar Kepong, Kuala Lumpur dan menahan empat lelaki warga asing.

Kata beliau, hasil serbuan itu, sebanyak 4,983 laras senjata tiruan yang disimpan di dalam premis dengan nilai rampasan RM 4.11 juta.

“Hasil pemeriksaan lanjut turut menemukan 1,400 kotak berwarna coklat mengandungi pelbagai jenis makanan ringan yang menyalahi Peraturan-Peraturan Makanan di bawah Akta Makanan 1983,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam operasi kedua telah menyerbu dua premis perniagaan di Bandar Baru Bangi, Selangor dan menahan seorang lagi lelaki dan merampas 53 senjata api tiruan bernilai RM31,520.

“Dalam pada masa sama, serbuan turut dilakukan di sebuah kediaman di Batu Pahat, Johor sebelum menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 15 laras senjata tiruan dengan nilai RM15,000.

“Siasatan awal mendapati kesemua senjata tiruan itu disimpan bagi tujuan jualan kepada orang awam.

“Premis perniagaan yang diserbu juga tidak memiliki lesen sah dari pihak berkuasa tempatan, jelasnya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati modus operandi digunakan adalah menjalankan perniagaan menjual senjata tiruan melalui platform dalam talian sejak beberapa bulan lalu.

Beliau menegaskan, operasi ini dilancarkan disebabkan terdapat beberapa kejadian jenayah telah berlaku uang mana suspek menggunakan senjata tiruan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN